Friday, November 13, 2009

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2009







Majlis Konvokesyen Prasekolah 2009 telah diadakan pada 13 November 2009 (Jumaat) bersamaan dengan Majlis Anugerah Cemerlang SKPPS. Sijil dan cenderahati konvokesyen telah disampaikan oleh GPK HEM SKPPS iaitu Pn. Hahmiyah bte Hasim.



Saturday, October 17, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Pemuafakatan Prasekolah



Majlis ini telah diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah pada 6 Oktober 2009. Pihak Prasekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday, July 22, 2009

Pertandingan Blok Kreatif Prasekolah Peringkat Daerah Muar

Pertandingan Blok Kreatif Prasekolah Daerah Muar telah diadakan pada 21 Julai 2009 bertempat di SK Sawah Ring, Bukit Gambir. Sebanyak 31 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini .SK Parit Pinang Seribu telah mewakili Zon Sungai Balang dalam pertandingan ini dan telah mendapat tempat Naib Johan. Hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Pelajaran Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar iaitu Tn. Hj. Abdul Latif bin Mohamad.

Friday, July 3, 2009

Majlis Sambutan Hari Lahir kali ke-2






Majlis ini telah diadakan pada 3 Julai 2009. Seramai 9 orang murid prasekolah yang diraikan pada majlis kali ini.

Tuesday, June 30, 2009

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah ke Negeri Sembilan





Lawatan sambil belajar prasekolah tahun ini telah diadakan pada 25 Jun 2009 ( Khamis ). Tempat-tempat yang dilawati ialah Kilang Yakult Seremban, Multi-Rich Pitaya Fruit Farm, Jelita Ostrich Park dan juga Rembau Crystal Sdn. Bhd.

Tuesday, May 26, 2009

Gotong-Royang Prasekolah 2009


Program Gotong Royong Prasekolah telah dilaksanakan pada 25 April 2009. Aktiviti utama yang dilaksanakan ialah mengecat semula lukisan dinding dan juga mengemaskini taman sains prasekolah.

Thursday, March 12, 2009

Program Pendidikan Keibubapaan





Program Pendidikan Keibubapaan Prasekolah telah diadakan pada 7 Mac 2009 bertempat di Makmal Sains SKPPS. Program ini berfokus kepada kaedah cepat membaca menggunakan modul khas Bacalah Lagi.