Pertandingan Blok Kreatif Prasekolah Daerah Muar telah diadakan pada 21 Julai 2009 bertempat di SK Sawah Ring, Bukit Gambir. Sebanyak 31 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini .SK Parit Pinang Seribu telah mewakili Zon Sungai Balang dalam pertandingan ini dan telah mendapat tempat Naib Johan. Hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Pelajaran Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar iaitu Tn. Hj. Abdul Latif bin Mohamad.
